Sekadar berkongsi foto-foto semasa bercuti dan meronda-ronda.

Wednesday 28 December 2011

Hutan Batu

Masih terdapat pepohon nan rimbun di dalam hutan batu.

Wednesday 7 December 2011

Raja Di Jalan

Motorsikal mendominasi jalan-jalan utama di HCM City, Vietnam. Tengoklah tu, selamba je 
jalan kat tengah-tengah. Yang bagusnya mereka tak merempit, tapi silalah sumbat telinga 
dengan kapas sebab orang kat sini suka main hon.

Monday 5 December 2011

Ruang Berwang

Tempat orang berwang yang tak tahu cara nak menghabiskan duit yang berlebihan.
 Gambar ambil curi-curi ni...

Friday 25 November 2011

New York?


Model Kota New York yang terdapat di dalam kawasan Windows of The World, Shenzhen China.
 Jadi lah dapat ke sini dulu sebelum ke bandar sebenarnya nanti.

Monday 21 November 2011

Taman Disneyland


Taman-taman yang dijaga dengan baik dan menyegarkan mata memandang yang terletak 
di luar Taman Tema Disneyland, Hong Kong.

Monday 14 November 2011

Venice?


Foto ini diambil di dalam kompleks membeli-belah The Venetian, Macau. Awan yang 
kelihatan adalah bumbung kompleks yang dibuat sebegitu rupa yang menjadikannya
 unik seperti berada di luar. Juga terdapat perkhidmatan gondola berbayar menerusi
 terusan yang dibina dan ianya berada di aras tiga kompleks tersebut! 

Monday 31 October 2011

Tiada Singa Di sini

Jangan bimbang, tiada singa di sini.

Saturday 29 October 2011

Istana Menanti

Salah satu tarikan di dalam kawasan taman tema Universal Studios, Pulau Sentosa, Singapura.
 Istana ini terletak di dalam kawasan bertema Far Far Away.

Friday 28 October 2011

One, Two, Go!


ONE

TWO

GO!

Salah satu acara pada Hari Keluarga Jabatan kami yang diadakan di padang Hotel Seri Malaysia,
 Pantai Bagan Lalang, Sepang. Kumpulan aku menang beb!

Thursday 27 October 2011

Keunikan Senibina Minang


Keunikannya terletak pada bahagian bumbung yang melengkung seperti tanduk kerbau.
 Rekabentuk seperti ini banyak mendominasi pemandangan di kawasan Sumatra Barat, Indonesia.

Tuesday 25 October 2011

Rajah Brooke


 Sekumpulan rama-rama Rajah Brooke yang terdapat di tepian Sungai Hutan Lipur Kuala Woh,
 Tapah, Perak iaitu satu kawasan rekreasi dalam perjalanan ke Cameron Highlands.
Rama-rama jenis ini adalah spesis yang dilindungi.
 

Monday 24 October 2011

Mangga Bougainvilla


Pokok mangga di depan rumah telah membuat magik dengan berbungakan bunga kertas!!

Thursday 20 October 2011

Sediakan Payung Sebelum Hujan


Pusat Kraftangan Bor Sang Village, Chiang Mai, Thailand.